Wednesday, 19 July 2017

Tempat Menarik di Kota Marudu, Timpak Rugading

Timpak Rugading

Puncak Rugading atau nama tempatan digelar sebagai "Timpak Rugading" sangat sesuai untuk dijadikan pusat hiking tahap sederhana. Ketinggiannya yang sederhana amat sesuai untuk dakian pendaki yang baru bergiat hiking.
Peta laluan Ke Timpak Rugading

Terletak kira-kira 15KM daripada pekan Kota Marudu tidaklah terlalu jauh bagi mereka yang gemarkan Hiking . Perjalanan ke pusat pendakian akan melalui 10KM jalan bertar manakala selebihnya jalan tidak berturap.

Pendaki akan mengalami sedikit kesukaran semasa mendaki kerana laluan dakian adalah tidak terurus dengan baik. pendaki akan melalui laluan curam dan licin tanpa sebarang tali untuk berpaut. Pendaki boleh berpaut pada pokok-pokok atau akar yang menjalar untuk memanjat jalan curam.

laluannya juga sedikit semak kerana jarang dibersihkan oleh pihak kampung kerana kawasan ini tidak berapa popular berbanding kawasan peranginan lain di Kota Marudu.

Timpak Rugading dikatakan mempunyai gua namun kami tidak jumpa akan lokasi sebenar gua tersebut atas sebab tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk menembusi semak yang ada. Bimbang akan ada haiwan berbisa yang menyerang.

laluan Licin


Laluan Curam


Laluan Semak




Laluan Semak


laluan Curam


Pemandangan dari Puncak








Tidak jauh dari Timpak Rugading , Hikers boleh bejalan di atas jambatan gantung Rugading sepanjang 270 Meter.  




Jambatan Gantung Rugading



Watch This Montage Of Us...